untuk kesekian kali mesej bertubi-tubi masuk. aku tahu dari siapa. ini balasan perbualan yang kali ke tiga. bila aku nampak mesej suara aku jeda seketika. aku kurang gemar mahu dengar mesej suara. tulis sajalah. aku baca. tapi itu bukan inti dalam keadaan sekarang.
walaupun aku bukanlah orang yang pandai mengurusan emosi kamu yang meluah kemudian menangis -- aku agak kaku dengan keadaan ini, tapi aku boleh hadirkan semua deria untuk ada dengan kamu.
sejak beberapa sesi yang melelahkan dulu. sesi mendengar dan terus mendengar dan akhirnya aku hanya tinggal aku dan kata-kata luahan dari kamu yang telah pergi. sejak itu aku mula mambataskan fikiran dan hati. empati bukan hanya perkataan. pada aku empati benar-benar memaksudkannya dalam diri aku sendiri. pada setiap kalimat yang kau kumat kamitkan pada aku, aku benar mengerti. menganalisa latar belakang keadaan kamu dan mengira-ngira ke semua kemungkinan yang bakal kamu lakukan jika begini dan begitu. betapa aku hadirkan diri untuk kamu.
namun bukanlah penat mendengar yang aku keluhkan. tapi rasa tertipu jika keluhan itu bukanlah dari cerita yang sebenar. jadi labur ku dengan masa untuk apa? sekadar untuk di tipu atau meraih pembelaan diri?
jadi empati itu cukup untuk diri sendiri sahaja. mungkin cukup untuk rasa patriotik dan kemenangan yang aku rasa patut di raikan. demi Tuhan, bukanlah tidak mahu mendengar keluh kesah kamu yang berhati rawan. namun tak sanggup merasa diri sendiri bodoh kerana merelakan diri larut dalam kisah yang akhirnya hanya aku yang percaya.