diari: seruan semangat

masa ke conference dua bulan lepas, aku ada luahankan yang aku nak sangat rasa balik semangat membara belajar masa PMR. masa yang jauh sangat berlalu, sembilan belas tahun yang lalu. namun semangat tu masih lagi aku rasa. semangat yang dirasakan bagai api terbakar di belakang. asal selak buku latihan matematik dan sejarah, semua jalan kira dan susur alur sejarah muncul bergaris-garis dalam benak. terasa setiap langkah di palu gendang pembakar semangat.

namun semangat itu bukan sahaja malap tapi terus padam pada tahun-tahun berikutnya. hingga ke asasi dan degree. tapi waktu master lain pula semangatnya. perhempas pulas sendirian. semangat yang lebih kepada ikhtiar hidup. asal siap, mahu pulang!

untuk kali ini entah kenapalah lain pula kehendak. mahu semangat yang aku rasa zaman gilang-gemilang dulu. mahu rasa puas saat menggenggam ijazah!

***

dua tiga hari ni aku struggle untuk design peptide. kenapalah sudah di hujung pengajian baru ada capacity untuk design benda-benda macam ni. setelah ke beberapa meja meminta pertolongan. beberapa masa cuba faham itu dan ini. ke muka surat itu dan ini, akhirnya berjaya juga di selesaikan. tunggu minta company buatkan dan kena test dulu jadi ke tidak peptide nya. ya Allah. semoga berhasil usaha ini. along the way, banyak benda yang berjaya terulang kaji. hehe