‘err.. tak tahu, entahlah. aku tengah serabut nih. kau rasa?’
‘eh, tanya aku pulak’
kepala yang tak gatal di garu-garu. buntu nih. nak dilepas sayang, nak disimpan mudarat. sudahlah makin meraja dalam hati. siang malam asyik teringat. sudah angau ke kau?
‘terlalu panjang angan-angan nih’
rungut aku sendiri.
aku kira mahu lepaskan saja. bila bincang balik rasa sayang pula yang bertandang. bila nak sudah? peti masuk dibuka. ditarik-tarik pesanan lama. mahu menjauhi atau terus mengejar?

‘macam mana? lama kau diam’
baiklah. kali ini bukan main-main. aku rasa aku jadi risau nak lepaskan sebab takut hilang semangat untuk terus maju. kenapa mesti ada asbab sebegitu? sedangkan, sebelum ini aku yang bina semangat sendiri. masa susah dulu aku juga sendiri.
'mungkin ada yang lagi baik.'
[conversation end]
[conversation end]
nota hematologi ditarik kembali ke depan muka. ini jalan yang perlu ku hadap dulu.