Seorang Gila

Cuaca panas terik hari nih. Peluh menitik laju menuruni tepi ubun ke pipi. Diseka. Berkali-kali. Tiba-tiba lalu seorang lelaki muda dengan baju carik rabaknya laju berjalan ke tong sampah. 

'Eh orang gila'

Getus hati. Ingatkan mahu selongkar tong sampah, sebaliknya dia buang sampah. Ceh. Tak jauh dari tempat kejadian seorang lelaki muda lain berseluar jeans ketat berbaju t-shirt 'BELIA PRIHATIN' menghabisi air dengan rakusnya. Langsai. Buang tepi.

'Hoi gile! Sampah buang sini lah!'

Jerit seorang gila yang ku kata dia gila. Nah sekarang siapa yang gila?