kalau sekali lagi ketemu mata mahu ditanya nama. nekad ku. memula langkah mahu maju tanpa ada malu.
tapi pastinya akan aku belayar jauh dari kenyataan membina angan yang bagai layang-layang terbang di langit tinggi.
***
kebetulan ini sungguh melemahkan. rasa tidak mampu lagi kaki berdiri. mahu rebah dalam gigil yang mendebarkan. aku memerhati laku mu yang kaku. malu mengaku.
hijab tersingkap jua. masin mulut terasa kini. benar belaka angan ku. tanpa suara menyapa aku jadi ahli perihal kamu.
sudahlah. kembalikan layang-layang mu sebelum putus ditebak angin angan-angan yang buas.