0031

Pada tika itu
Fitnah akan datang bertandang
Menghancurkan hati
Menguji kasih dan cinta

Meragut keras
     kesefahaman
Yang dulunya
Di rasakan milik kita

Berpautlah sayang
Pada tali kepercayaan
     dan keyakinan

Kerana lidah mereka
Terlalu tajam menikam
Hingga mampu membunuh
Jiwa yang dulunya syurga
      bagi kita